ISTANBUL, 12 Sept – Turki telah menandatangani satu perjanjian dengan Rusia untuk membeli sistem peluru berpandu S-400 dalam pembelian senjata terbesar yang pertama dari Moscow, menurut akhbar Turki hari ini yang memetik Presiden Recep Tayyip Erdogan sebagai berkata.
Perjanjian bagi barisan pertahanan peluru berpandu permukaan ke udara itu juga merupakan perjanjian paling signifikan Ankara dengan pembekal bukan anggota NATO.
“Penandatangan telah dibuat bagi pembelian pesawat S-400 dari Rusia. Deposit juga telah dibayar setakat yang saya ketahui,” kata Erdogan dalam komen yang disiarkan dalam akhbar harian Hurriyet dan lainnya.
“Presiden Rusia, Vladimir Putin dan diri saya sendiri sudah memastikan mengenai isu-isu ini,” ujarnya kepada wartawan.
Pembelian sistem peluru berpandu dari pembekal bukan NATO ini akan menimbulkan kebimbangan Barat berhubung kesesuaian teknikal mereka dengan peralatan perikatan.
Pentagon sudah pun menyuarakan amaran, berkata dengan lantang yang ‘pada umumnya ia adalah idea yang bagus’ bagi sekutu-sekutu NATO untuk membeli peralatan operasi bersama.
Erdogan berkata Tukri bebas untuk membuat pemerolehan ketenteraan berdasarkan dengan keperluan pertahanannya.
“Tiada sesiapa berhak untuk membincangkan dasar bebas republik Turki atau keputusan bebas tentang industri pertahanannya,” katanya dalam komen yang disiarkan hari ini.
“Kami mengambil keputusan tentang kebebasan kami sendiri, kami bertanggungjawab untuk mengambil langkah keselamatan dan sekuriti untuk mempertahankan negara kami.”
Pemimpin Turki berkata proses itu akan diteruskan dengan pemindahan kredit Rusia ke Turki.
Moscow juga mengesahkan persetujuan itu dengan Vladimir Kozhin, penasihat Putin bagi kerjasama teknikal dan tentera, berkata: “Kontrak itu telah ditandatangani dan sedang disiapkan bagi pengimplementasian.”
Menurutnya pesawat S-400 adalah salah satu sistem paling kompleks, dihasilkan daripada keseluruhan jenis material teknikal.
“Saya boleh menjamin bahawa semua keputusan yang diambil dalam kontrak ini adalah menurut kepentingan strategik kami,” dia dipetik sebagai berkata oleh agensi berita TASS milik kerajaan Rusia. – AFP