ISTANBUL, 28 Mac – Turki tidak akan teragak-agak untuk bertindak sekiranya militia Kurdish di Syria yang dilihat sebagai pengganas oleh Ankara, tidak meninggalkan bandar Manbij, menurut Majlis Keselamatan Kebangsaan tertinggi negara itu, MGK, lewat semalam
Presiden Recep Tayyip Erdogan telah lama mengancam untuk meluaskan operasi ketenteraan ke Manbij, selepas berjaya mengambil alih kawalan di enklaf Afrin di Syria daripada Unit Perlindungan Rakyat (YPG).
Tidak seperti Afrin, kehadiran tentera Amerika Syarikat (AS) di Manbij dan sebarang konfrontasi antara dua sekutu NATO itu akan menandakan satu peningkatan terbesar.
“Telah dinyatakan bahawa pengganas di Manbij harus meninggalkan wilayah itu dengan segera, jika tidak Turki tidak akan teragak-agak untuk mengambil inisiatif di sana sama seperti yang dilakukan di wilayah lain,” yang dipimpin oleh Erdogan, ujar MGK dalam satu kenyataan.
Ankara telah melancarkan serangan di udara dan darat di Afrin pada Januari untuk menghapuskan pejuang YPG di sana.

Tetapi Washington melihat YPG sebagai pemain utama untuk memerangi kumpulan jihad IS.
Pada 18 Mac lalu, pasukan Turki dan sekutu pemberontaknya telah mengambil alih kawalan sepenuhnya di Afrin, dengan sebahagian besar anggota YPG berundur tanpa sebarang peperangan.
Manbij sebelum ini pernah ditawan oleh kumpulan jihad IS sebelum mereka dipaksa keluar oleh militia Kurdish.
AS terlah berulang kali memberi amaran bahawa kempen Turki di Afrin membawa risiko untuk menentang kumpulan IS. – AFP