Saturday, October 5, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Turki gergasi pernah hidup di Australia

    SYDNEY, 14 Jun – Burung turki gergasi sebesar seekor kanggaru suatu masa pernah hidup di Australia, pakar palaeontologi berkata hari ini selepas satu analisis fosil dan tulang dari sekitar negara itu mendedahkan lima spesies burung yang telah pupus.

    Satu kumpulan dari Universiti Flinders di Selatan Australia berkata ia semuanya saudara kepada spesies-spesies turki ketika ini.

    Burung-burung mengapode hidup ketika era Pleistocena, di antara 1.6 juta dan 10,000 tahun dahulu, bersama binatang-binatang gergasi Australia yang lain seperti diprotodons, singa marsupial dan kanggaru bermuka pendek.

    Para saintis pada awalnya menyangka fosil-fosil yang pertama kali ditemui dalam tahun 1880an itu menggambarkan seekor burung purba, namun ujian terbaru telah mendorong mereka untuk membuat kesimpulan ia tergolong kepada lima spesies berlainan.

    Dalam kalangannya ialah seekor burung turki seberat lapan kilogram dan berdiri lebih tinggi daripada kanggaru kelabu yang boleh mencecah sehingga 1.3 meter, empat kali ganda lebih besar berbanding spesies yang ada ketika ini.

    Perbandingan tulang turki gergasi dengan tulang turki pada zaman ini. – AFP
    Perbandingan tulang turki gergasi dengan tulang turki pada zaman ini. – AFP

    “Penemuan-penemuan ini amat luar biasa kerana mereka memberitahu kami bahawa lebih daripada separuh megapod Australia telah pupus ketika era Pleistocene, dan kami tidak menyedarinya sehingga sekarang,” kata seorang penyelidik Elen Shute.

    “Kami membandingkan fosil-fosil yang digambarkan dalam tahun 1880an dan 1970an dengan spesimen-spesimen yang ditemui baru-baru ini, dan dengan manfaat fosil-fosil baru, perbezaan di antara spesies-spesies menjadi semakin jelas.”

    Burung-burung yang baru ditemui itu ditempatkan dalam dua kategori “turki-turki tinggi” yang memiliki kaki kurus panjang dan “ayam-ayam nugetty” yang memiliki kaki pendek dan badan yang lebar.

    Tidak seperti kebanyakan burung yang pupus seperti dodo, megapod ini boleh terbang.

    Meski memiliki badan yang besar, tulang sayapnya yang kuat dan panjang menunjukkan semua spesies itu boleh terbang dan berkemungkinan tidur di pokok-pokok, tidak seperti spesies moden ketika ini yang membina timbunan untuk memeram telur-telurnya.

    Dua daripada spesies terbaru itu datang dari Gua Thylacolea di bawah Dataran Nullarbor luas Australia, yang telah membuktikan satu kawasan harta karun sejak ia ditemui 15 tahun lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda