Turki gesa keamanan dan kestabilan di Iran
ANKARA, 4 Jan – Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menyeru kepada keamanan dan kestabilan Iran dalam perbualan telefon bersama rakan sejawatannya, Hassan Rouhani kelmarin. Kedua-dua pemimpin membincangkan protes yang sedang berlangsung di Iran sejak 28 Disember. Erdogan mengalu-alukan kenyataan Rouhani bagi memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak melanggar undang-undang semasa melaksanakan hak protes mereka


































