Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Turki gesa Rusia selesaikan pelanggaran perdamaian

    ANKARA, 11 MAC – Turki menggesa Rusia hari ini untuk menjelaskan tuduhan pencabulan gencatan senjata seminggu lamanya oleh pasukan kerajaan Syria di Idlib, kubu terakhir penentang presiden Bashar al-Assad.

    “Walaupun hanya berlaku insiden-insiden kecil, tetapi gencatan senjata tersebut mulai dicabuli,” kata presiden Recep Tayyip Erdogan, yang menyokong tentera pemberontak di Idlib.

    “Kami mengongsikan perkembangan ini bersama Rusia, dan kami menjangkakan mereka untuk mengambil tindakan.

    Erdogan bersetuju dengan gencatan senjata minggu lalu bersama rakan sejawatan di Rusia, Vladimir Putin, yang menyokong pasukan kerajaan, tetapi perjanjian terdahulu adalah bersifat sementara.

    Turki telah melancarkan operasi ketenteraan di Syria selepas lebih dari 50 orang tenteranya terbunuh di Idlib bulan lalu. Menteri Pertahanan, Hulusi Akar berkata perbincangan ‘membina’ dengan Rusia untuk sama-sama melancarkan rondaan bersama di jalan lebuh raya utama M4 di Idlib pada Ahad lalu, selepas mempersetujui perjanjian gencatan senjata.

    Bagi pihak yang menyokong kumpulan pemberontak, Turki telah menubuhkan pusat pemantauan tentera di Idlib di bawah perjanjiaan 2018 dengan Rusia diharap dapat mengelakkan serangan tentera.

    “Kami telah menandatangani perjanjian gencatan senjata sementara di Rusia. Perkara utama masa ini adalah untuk menukar perjanjian sementara kepada perjanjian kekal. Kami sedang mengusahakannya. Sebaik sahaja kami selesai, kami akan mempunyai tugas yang lebih mudah,” Erdogan berkata.

    “Dalam serangan-serangan yang kecil (terhadap pusat kawalan kami), kami tidak akan bertindak balas, tetapi kami akan memberikan respons yang lebih keras.”

    Damsyik, yang disokong oleh tentera Iran dan serangan udara Russia, telah bertempur untuk mengambil alih Idlib sejak Disember, memaksa hampir satu juta orang penduduk awam ke bahagian Utara sempadan Turki. – AFP

    Kanak-kanak bermain di tempat perlindungan yang telah diubahsuai di Idlib. Turki menggesa Rusia untuk menangani keganasan di Syria selepas seminggu bersetuju mengadakan gencatan senjata. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda