Turki jalani latihan ketenteraan, perluas penerokaan gas di tengah krisis

ISTANBUL, 27 OGOS – Turki hari ini memperluaskan misi eksplorasi gas di laut Mediterranean yang mencetuskan kontroversi dan menjadualkan latihan tentera laut baharu sebagai persaingannya dengan Greece dan EU mengenai kuasa tenaga dan sempadan di luar kawalan.

Tentera laut Turki mengatakan bahawa ia melanjutkan tempoh bagi kapal penyelidikannya, Oruc Reis dan kapal perang yang menyertainya di perairan yang dituntut oleh Greece selama lima hari hingga Selasa ini.

Ia juga mengumumkan rancangan untuk mengadakan latihan senjata api di pinggir perairan wilayahnya di sudut timur laut Mediterranean pada Selasa dan Rabu depan.

Menteri Pertahanan Hulusi Akar mengatakan latihan ketenteraan itu tidak berkaitan dengan pertarungan Turki dengan Greece mengenai akses ke rizab gas yang baharu ditemui yang dapat menawarkan Eropah sumber tenaga baharu yang terbesar dan mengurangkan pengantungannya kepada Rusia.

Tetapi dia juga berikrar untuk meneruskan pelbagai kegiatan eksplorasi Turki di wilayah Mediterranean timur selama diperlukan. “Kami bertekad untuk melindungi hak-hak kami,” kata menteri pertahanan Turki. – AFP

Menteri luar Jerman meminta sekutu NATO Greece dan Turki untuk mengurangi ketegangan ketenteraan di timur Mediterranean, memberi amaran bahawa sekecil mana pun, ia dapat menyebabkan bencana. – AP