Turki kecewa tindakan Kosovo iktiraf Israel

ISTANBUL, 6 SEPT – Turki hari ini menyuarakan kekecewaannya terhadap negara yang majoritinya penduduk Islam, Kosovo, atas keputusan mereka untuk mengiktiraf Israel dan memulakan misinya di Baitulmaqdis.

Turki yang bersuara lantang menyatakan sokongannya kepada Palestin, menjadi salah sebuah negara pertama yang mengiktiraf Kosovo, yang mengumumkan kemerdekaannya dari Serbia pada 2008.

“Meskipun langkah yang diambil oleh pegawai-pegawai Kosovo – yang secara jelas melanggar peraturan antarabangsa – adalah mengecewakan,” kata menteri luar Turki dalam kenyataannya.

Menteri luar negeri menyeru pemimpin Kosovo untuk mengelak dari membuat langkah tersebut yang akan menjejaskan kedudukan undang-undang Baitulmaqdis.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata pada Jumaat bahawa Serbia akan menjadi negara Eropah pertama untuk memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis.

Kosovo akan memulakan misinya di Baitulmaqdis sebagai pertukaran mengiktiraf negara Israel ketika mereka cuba untuk mencari lebih banyak pengesahan penubuhan negara mereka.

Keputusan tersebut dibuat dari perjanjian antara Amerika Syarikat dan dua negara Balkan yang bermusuhan.

Dalam kenyataan yang berasingan lewat kelmarin, menteri luar Turki berkata ia turut ‘sangat bimbang’ dengan langkah yang dibuat Serbia.

Israel merampas kawasan timur Baitulmadqis pada 1967 dan kemudian merampas lebih banyak kawasan yang tidak diiktiraf oleh komuniti antarabangsa.

Israel menganggap bandarnya sebagai ibu kota yang tidak terpisah, tetapi rakyat Palestin melihat kebanyakan timur Baitulmaqdis, termasuk Kota Lama dengan tempat sucinya, sebagi ibu kota negara mereka yang diduduki secara haram.

Amerika Syarikat pada Disember 2017 mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel dan memindahkan kedutannya dari Tel Aviv ke bandar tersebut, dan mencetuskan tentangan dari penduduk Palestin. – AFP