Turki lancar serangan besar-besaran

ANKARA, 10 OKT – Tentera Turki kini mara ke utara Syria dengan melancarkan serangan darat sebagai sebahagian Operasi Peace Spring,  lapor agensi berita Anadolu memetik Kementerian Pertahanan pada hari ini.

“Anggota komando kami yang mengambil bahagian dalam operasi itu kini mara ke rantau ini di timur Sungai Euphrates di utara Syria,” kata kementerian menerusi ciapannya.

Turki melancarkan operasi itu semalam untuk menjamin keselamatan di sempadan dengan menghapuskan pengganas, selain memastikan integriti wilayah Syria dan pelarian dapat kembali ke negara asal mereka.

Menurutnya, Turki Parti Pekerja Kurdistan (PKK) dan Unit Perlindungan Rakyat (YPG) merupakan ancaman terbesar terhadap masa depan Syria, yang menjejaskan integriti wilayah dan struktur kesatuan negara.

Negara Turki mempunyai sempadan sepanjang 911 kilometer dengan Syria, sekian lama diancam aktiviti pengganas di timur Euphrates yang membentuk ‘koridor pengganas’ di kawasan itu. – Bernama

Penduduk Syria melarikan diri daripada pengeboman oleh tentera Turki di Ras al Ayn, timur laut Syria pada 9 Oktober 2019. – AP