Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Turki mula semula operasi cari gas, cetus pertikaian

    ANKARA, TURKI, 12 OKT – Turki akan mengerahkan semula kapal penyelidikan di tengah-tengah pertikaian tenaga dengan Greece ke timur Mediterranean hari ini, keputusan yang dikecam oleh Athens sebagai ‘ancaman langsung kepada perdamaian.

    Pertikaian berhubung penerokaan gas di timur Mediterranean menyaksikan dua negara NATO mengadakan latihan tentera pada Ogos di perairan strategik antara Cyprus dan pulau Greece, Crete.

    Greece menuntut hak ke atas perairan sekitar pulaunya Kastellorizo namun Turki berkata pinggir lautnya yang panjang itu menjadikan wilayah itu kawasan sah bagi kapal-kapalnya untuk meneroka.

    Tentera laut Turki berkata kapal Oruc Reis akan melaksanakan aktiviti di rantau itu, termasuk selatan Kastellorizo, sehingga 22 Oktober dalam mesej yang dihantar kepada sistem amaran maritim NAVTEX lewat kelmarin.

    Kapal itu akan ikut serta dalam misi terkini ‘kajian seismik’ bersama dua kapal lain digelar Ataman dan Cengiz Han, menurut mesej tersebut. – AFP

    Gambar fail bertarikh 23 Ogos menunjukkan kapal Oruc Reis berlabuh di pelabuhan Haydarpasa, yang mencari hidrokarbon, minyak, gas cecair asli dan simpanan arang di laut. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda