Turki nafi serang klinik di Iraq

ANKARA, 22 OGOS – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menafikan bahawa serangan udara di barat laut Iraq, Selasa lalu, yang mengakibatkan lapan orang meninggal, turut menyasarkan sebuah klinik.

Erdogan menegaskan bahawa kemudahan itu didakwa menempatkan anggota Parti Pekerja Kurdistan (PKK), yang dianggap oleh Ankara sebagai kumpulan pengganas.

“Sasaran yang dibuat bukan hospital atau pusat perubatan, tetapi adalah satu daripada tempat penginapan organisasi,” kata Erdogan dalam panggilan telefon dengan Perdana Menteri Iraq, Mustafaal-Kadhemi.

Pada mulanya, jumlah individu yang maut dalam serangan udara di wilayah Sinjar, Iraq pada Selasa lalu, adalah tiga orang, tetapi 24 jam kemudian pegawai Iraq kemudiannya mengatakan jumlah yang terkorban meningkat kepada lapan orang.

Antara yang terkorban ialah empat pekerja klinik dan empat pejuang dari Briged ke-80 yang mempunyai kaitan dengan PKK dan kumpulan Hashedal-Shaabi.

Satu sumber tempatan pula berkata, dron digunakan dalam serangan itu. – AFP