Turki panggil semula 10 perwakilan

ANKARA, 19 OKT – Turki hari ini memanggil semula perwakilannya dari 10 buah negara, termasuk Jerman dan Amerika Syarikat, selepas mereka menggesa untuk membebaskan pemimpin yang banyak memberi sumbangan kepada masyarakat yang dipenjarakan telah merosakkan hubungan Ankara dengan barat.

Aktvis, Osan Kavala, 64, dipenjarakan tanpa disabit kesalahan sejak 2017, menjadi simbol kepada sikap tidak bertolak ansur penentangan terhadap Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Aktivis Turki itu berdepan beberapa dakwaan berkaitan bantahan antikerajaan pada 2013 dan rampasan oleh tentera yang gagal pada 2016. Kavala menafikan segala tuduhan.

Dalam kenyataan hari ini, Kanada, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Belanda, New Zealand, Norway, Sweden dan Amerika Syarikat menggesa untuk ‘keadilan dan penyelesaian segera terhadap kesnya’.

“Penundaan berterusan dalam perbicaraannya…melenyapkan harapan terhadap menghormati demokrasi undang-undang dan ketelusan sistem kehakiman Turki,” katanya.

Perwakilan-perwakilan menggesa Turki untuk mematuhi arahan Majlis Eropah, badan hak asasi manusia yang disertainya pada 1950.

Majlis Eropah memberi amaran bahawa mereka akan melancarkan prosiding tatatertib ke atas Turki ‘dalam kejadian yang menyaksikan Kavala tidak dibebaskan sebelum ini’ semasa perjumpaan badan hak asasi manusia yang seterusnya pada 30 November hingga 2 Disember.

Kes pendengaran Kavala di mahkamah yang seterusnya bakal dilangsungkan pada 26 November.

Kedutaan-kedutaan dan charge d’affaires tiba dikementerian luar Ankara hari ini, menurut kementerian luar dalam kenyataannya. Para diplomat dimaklumkan dalam kenyataan agar tidak ‘melanggar batas’ dan ‘cuba mempolitikkan proses undang-undang serta kehakiman’, menurut kementerian.

‘’Mereka dimaklumkan bahawa fokus hanya tertumpu ke atas kes mahkamah berkaitan Turki, terutama keengganan Kavala untuk meneruskan agenda, adalah langkah tidak jujur dipenuhi dengan penipuan.’’ – AFP

Gambar fail bertarikh 31 Oktober 2018 menunjukkan seorang jurnalis berdiri berhampiran poster Kavala. Turki memanggil semula perwakilannya dari 10 buah negara selepas digesa untuk membebaskan aktivis yang dipenjarakan itu. – AFP