Turki: Pembelian S-400 muktamad

ISTANBUL, 7 Mac – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam berkata ‘tidak masuk akal’ untuk menimbangkan semula pembelian berkontroversi untuk membeli sebuah sistem anti-misil Rusia terkini dan dia berkemungkinan melihat kepada pembelian yang lain.

Amerika Syarikat (AS), sekutu lama NATO dan pembekal kebanyakan peralatan ketenteraan Turki, telah menekan Ankara untuk membatalkan pembelian S-400, dengan berkata ia tidak sebanding dengan sistem senjata yang dibangunkan oleh negara itu dan ia adalah sebahagian usaha Rusia untuk mengeruhkan keadaan di rantau tersebut.

“Bagi S-400, pembeliannya adalah muktamad dan tidak masuk akal untuk membatalkannya.

“Selepas S-400, kami akan beralih kepada S-500,” kata Erdogan kepada televisyen Kanal 24.

S-400 merupakan sebuah anti-misil yang canggih dan sistem senjata anti-pesawat, serupa dengan Patriot AS. – AFP