Turki rampas 700,000 penutup hidung dan mulut

ADANA, 23 APRIL – Pasukan keselamatan Turki merampas 700,000 penutup hidung dan mulut yang dihasilkan dan dijual secara haram di selatan wilayah Adana, lapor agensi berita Anadolu.

Bertindak atas maklumat yang diterima, polis kemudian melancarkan serbuan di tiga lokasi di daerah Seyhan dan Cukurova, menurut sumber hari ini. Empat suspek telah ditahan.

Sebahagian penutup hidung dan mulut itu, memenuhi kriteria Kementerian Kesihatan, turut dihantar ke Direktorat Pertanian dan Perhutanan Wilayah Adana.

Pada 5 April, Turki mula mengedarkan penutup hidung dan mulut secara percuma untuk membendung penularan COVID-19.  Turki mengesahkan sejumlah 2,376 kematian manakala kes mencecah 98,674, menurut angka rasmi kelmarin. – Bernama