Turki, Rusia bakal adakan rundingan di Syria

ANKARA, TURKI, 25 FEB – Presiden Turki mengumumkan hari ini bahawa delegasi Rusia akan tiba untuk menyambung perundingan yang bertujuan meredakan ketegangan di barat laut Syria.

Beliau juga berkata tiada persetujuan dicapai untuk mesyuarat empat hala bulan depan antara pemimpin Perancis, Jerman, Rusia dan Turki.

Walau bagaimanapun, Recep Tayyip Erdogan berkata Presiden Rusia, Vladimir Putin mungkin datang ke Turki minggu depan untuk mesyuarat dua hala. Moscow setakat ini tidak mengesahkan lawatannya pada 5 Mac ini oleh presiden Rusia ke Turki. Erdogan bercakap kepada wartawan sebelum berlepas untuk lawatan ke Azerbaijan.

Ketegangan berlaku di tengah-tengah tentera Syria yang menyerang di Idlib dan sebahagian wilayah Aleppo, kubu terakhir pemberontak berada di Syria.

Pasukan kerajaan telah menawan berpuluh-puluh bandar dan kampung dalam serangan disokong Rusia sejak Disember lalu. Lebih dari 900,000 orang terpaksa pindah, ramai di antara mereka kini bersesak-sesak tinggal di kawasan berhampiran dengan sempadan Turki.

Serangan kerajaan Syria juga telah menghancurkan perjanjian gencatan senjata yang dibuat bersama Turki dan Rusia pada tahun 2018, walaupun menyokong pihak pemberontak dalam konflik Syria.

Turki telah mengancam melancarkan tindakan ketenteraan melainkan pasukan Syria berundur.

“Rusia menyokong Syria pada tahap tinggi,” kata Erdogan. “Walaupun mereka menafikannya, kami ada bukti. Kami terpaksa berada dalam perjuangan ini.”

“Satu delegasi dari Rusia akan tiba di negara kita esok,” kata Erdogan.

Pegawai Turki telah melaporkan kemajuan kecil dalam dua pusingan mesyuarat di antara Turki dan Rusia tetapi berkata hasilnya tidak memuaskan.

Sekurang-kurangnya 16 askarTurki terbunuh dalam pertempuran semasa pemberontakan kerajaan Syria di kubu pemberontak terakhir mereka. – AP

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan bercakap kepada media sebelum berlepas ke Baku, Azerbaijan, di lapangan terbang, di Ankara, Turki. – AP