Turki sahkan kemaraan

ISTANBUL, 15 NOV – Turki melengkapkan kemaraan ke pusingan akhir Euro 2020 selepas mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Iceland, tengah malam tadi yang turut mengesahkan tiket buat juara dunia, Perancis.

Kemenangan menyaksikan Turki ketika ini memiliki kelebihan empat mata di depan Iceland yang menghuni tangga ketiga Kumpulan H dengan Perancis yang menewaskan Moldova 2-1 mengungguli carta selepas mengutip 22 mata berbaki satu perlawanan.

“Kami semua amat gembira layak ke Euro. Kini kami hanya ada satu lagi perlawanan untuk diharungi, dan kemudian fokus terhadap kelab sehingga Mac,” kata pertahanan Leicester, Caglar Soyuncu.

Iceland memerlukan kemenangan untuk menghidupkan peluang layak berikutan rekod pertemuan lebih baik dengan Perancis tetapi mereka kini terpaksa mengharungi aksi playoff.

“Kami datang ke sini selepas ketinggalan empat mata dan Turki adalah pasukan yang amat kuat. Kami sudah melakukan apa yang termampu,” kata penyerang Iceland, Mikael Anderson.

“Kami hampir memperoleh keputusan yang kami mahukan tetapi ia tidak mencukupi.” – AFP

Skuad pasukan Turki ketika meraikan kejayaan mereka mara ke Euro 2020 semasa perlawanan menentang Iceland, di Istanbul, kelmarin. – AP