Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Turki sambung semula rangkaian minyak Iraq

    ISTANBUL, 19 JAN – Pengendali minyak negara Turki berkata hari ini ia telah menyambung semula aliran minyak mentah melalui saluran paip pecah yang menghubungkan medan tenaga Iraq dengan pasaran antarabangsa.

    Letupan kelmarin di sepanjang hubungan Kirkuk-Ceyhan di selatan Turki menyumbang kepada kenaikan harga minyak mentah antarabangsa ke paras tertinggi dalam tujuh tahun.

    Saluran paip itu biasanya membawa lebih daripada 450,000 tong sehari dari medan minyak di utara Iraq ke pelabuhan Turki di Laut Mediterranean.

    Pengendali minyak negara Turki, Botas berkata kebakaran telah dipadamkan sepenuhnya kelmarin tetapi tidak memberikan petunjuk punca letupan itu.

    “Semua langkah berjaga-jaga yang perlu telah diambil oleh pasukan Botas dan aliran minyak telah disambung semula,” kata syarikat tersebut.

    Pegawai berhampiran lokasi letupan di bandar Kahramanmaras berkata penemuan awal menunjukkan keretakan dan letupan berikutnya disebabkan oleh “tiang elektrik yang terbalik dalam keadaan cuaca buruk”.

    Insiden itu berlaku semasa salji lebat di kawasan berpenduduk kecil di selatan Turki.

    Imej di media sosial menunjukkan bola api besar menerangi langit malam di padang yang dilitupi salji.

    Pegawai tempatan berkata letupan itu juga menghentikan seketika lalu lintas di sepanjang lebuh raya tempatan. – AFP

    Pengendali minyak negara Turki berkata ia telah menyambung semula aliran minyak mentah melalui saluran paip pecah yang menghubungkan medan tenaga Iraq dengan pasaran antarabangsa. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...