Turki siap sedia lancar operasi ketenteraan

ANKARA, 8 OKT – Turki siap sedia untuk melancarkan operasi ketenteraan di timur Sungai Euphrates di Syria bagi mewujudkan zon keselamatan, memetik Kementerian Pertahanan hari ini, lapor agensi berita Anadolu.

“Penubuhan Zon Keselamatam atau Koridor Selamat penting bagi rakyat Syria untuk memiliki kehidupan yang selamat dengan menyumbang kepada kestabilan dan keamanan di rantau kita,” kata kementerian itu menerusi ciapannya.

“Tentera Turki tidak akan berkompromi dengan tindakan keganasan di sempadan kami. Semua persediaan untuk menjalankan operasi itu telah siap,” tambah kenyataan itu.

Presiden Donald Trump berdepan tekanan selepas Rumah Putih pada Ahad lalu mengumumkan bahawa Amerika Syarikat (AS) akan menarik balik pasukannya di Syria menjelang operasi ‘jangka panjang’ Turki itu.

Pentadbiran Trump menafikan AS menyokong operasi itu, presiden itu berkata dan memberi amaran ‘jika Turki melakukannya, saya akan benar-benar memusnahkan dan menghapuskan ekonomi Turki.’ Turki telah sekian lama meminta AS bekerjasama dengannya dalam memerangi Daesh. – Bernama