Sunday, November 10, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Turki tangani kebakaran hutan hari ketiga

    ANKARA, TURKI, 23 JUN – Anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebabakaran untuk hari ketiga kelmarin dengan kebakaran hutan yang dimarakkan angin telah membakar kawasan hutan pain berhampiran resort terkenal di barat daya Turki dan mendorong puluhan orang berpindah dari rumah mereka.

    Lebih 2,500 orang anggota bomba dengan bantuan pesawat dan helikopter yang menjatuhkan air, dikerahkan memadamkan kebakaran yang meletus pada Selasa lalu di wilayah Bordubet, berhampiran Marmaris di pantai Laut Aegean. Api dilaporkan merebak dengan cepat disebabkan tiupan angin yang kencang.

    Kebakaran marak di tiga buah lokasi sekitar Bordubet, tetapi telah dikawal di lokasi keempat, menurut pejabat datuk bandar bagi wilayah Mugla, termasuk Marmaris. Lebih 2,800 hektar hutan mungkin musnah, katanya, memetik angka tidak rasmi.

    Pihak berkuasa juga telah memindahkan hampir 275 orang dari kawasan tersebut sebagai langkah berjaga-jaga, menurut perbandaran Mugla.

    “Sebanyak 27 buah helikopter menjatuhkan air, 14 buah pesawat dan 2,600 orang anggota terlibat dalam usaha memadam kebakaran,” kata menteri perhutanan, Vahit Kirisci kepada pemberita.

    Susulan insiden itu, pendakwa raya kini sedang menyiasat mengenai punca serta kemungkinan kebakaran itu tercetus. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda