Turki tembak jatuh pesawat Syria

BEIRUT, 3 MAC – Jet pejuang Turki telah menembak jatuh pesawat terbang perang rejim Syria di bahagian Barat Utara wilayah Idlib hari ini.

Pemerhati perang Syria untuk Hak Asasi Manusia berkata, ia merupakan kali ketiga kejadian tersebut berlaku dalam tempoh tiga hari.

Turki Ahad lalu mengesahkan telah melancarkan operasi ketente-raan menentang rejim yang disokong oleh Rusia di bahagian sempadan, di mana Ankara menyokong pasukan pemberontak.

Agensi penyiaran Syria melaporkan bahawa satu pesawat yang ‘disasarkan’ selepas menembak dua yang lain pada Ahad lalu.

Sementara itu, Turki mengesahkan telah menembak jatuh jet L-39.

Pejuang pemberontak yang disokong oleh Turki dibawa untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami kecederaan di Idlib pada 1 Mac lalu. – AP

“Sebagai sebahagian dari operasi Spring Shield yang berterusan berjaya, sebuah pesawat L-39 kepunyaan rejim Syria telah ditembak jatuh,” menurut menteri pertahanan Turki.

Pasukan Pemerhati berkata, pesawat rejim tersebut dijatuhkan oleh pesawat F-16 Turki dan terhempas ke darat di kawasan yang ditakluki oleh rejim kerajaan.

Nasib juruterbang pesawat tersebut masih belum diketahui, menurut pemerhati yang berpangkalan di Britain.

Pasukan rejim meneruskan pertempuran sejak Disember lalu untuk menawan semula kawasan utama pihak pemberontak di Idlib.

Operasi Turki dijalankan selepas serangan udara pada Khamis lalu di Damsyik yang membunuh 34 orang tentera di rantau tersebut. – AFP