Turki terajui usaha perangi Islamofobia

NEW YORK, 20 SEPT – Turki kini menjadi peneraju utama dalam usaha memerangi Islamofobia di pentas antarabangsa, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.

“Kami memerangi virus yang lebih merbahaya dan licik. Virus ini, sama bahayanya dengan COVID-19, dinamakan Islamofobia.

“Virus ini menular dengan sangat pantas,” kata Erdogan pada pertemuan anjuran Jawatankuasa Pemandu Turki Amerika di Bandar New York.

Menurut beliau, Islamofobia telah berubah menjadi trend yang mengganggu kehidupan seharian umat Islam dan mengancam keamanan sosial di seluruh dunia.

Erdogan tiba di New York untuk menghadiri sesi ke-76 Perhimpunan Agung
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa. – Bernama