Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Turki tuduh Greece bertindak provokasi

    ISTANBUL, 28 OGOS – Turki hari ini mendakwa rakan anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Greece telah menggunakan sistem pertahanan udara buatan Rusia untuk mengganggu jet Turki dalam misi peninjauan, memanggilnya sebagai tindakan provokasi yang agresif.

    Insiden berlaku 23 Ogos lalu apabila sistem peluru berpandu S-300 Greece yang digunakan di pulau Crete telah menyasarkan jet F-16 Turki yang terbang di 10,000 kaki ke barat Rhodes, kata sumber Kementerian Pertahahan Turki.

    Sumber tersebut mendakwa bahawa tindakan Greece itu sebagai melanggar pakatan NATO dan satu tindakan agresif di bawah peraturan pertubuhan NATO.

    “Walaupun tindakan agresif itu, jet Turki berjaya menyelesaikan misi yang dirancang dan kembali ke pangkalan dengan selamat.”

    Turki dalam beberapa bulan kebelakangan ini membuat laporan tentang tindakan provokatif oleh Greece, dengan mengatakan langkah sedemikian menjejaskan usaha damai.

    Kedua-dua negara NATO itu mempunyai pertikaian sempadan laut dan udara yang berlarutan yang membawa kepada rondaan tentera udara hampir setiap hari dan misi pemintasan kebanyakannya di sekitar pulau-pulau Greece berhampiran pantai Turki.

    Ketegangan memuncak pada tahun 2020 berhubung hak penggerudian penerokaan di kawasan Laut Mediterranean di mana Greece dan Cyprus menuntut zon ekonomi eksklusif, yang membawa kepada kebuntuan tentera laut. – AP/AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...