Turki usir 11 ‘pengganas’ asing

ANKARA, 9 DIS – Turki menghantar pulang 11 ‘pejuang pengganas asing’ Perancis ke Perancis hari ini, kata kementerian dalam negeri Turki.

“Seramai 11 warga Perancis telah dihantar pulang ke ne-gara asal,” katanya dalam satu kenyataan.

Ankara telah mengecam negara Barat kerana enggan menerima rakyat mereka yang meninggalkan negara untuk menyertai kumpulan Islamic State (IS) di Syria dan Iraq.

Ia berkata ia mempunyai kira-kira 1,200 anggota IS asing dalam tahanan. Kementerian itu berkata pada minggu lalu bahawa 59 ‘pengganas asing’ telah dihantar pulang ke negara asal mereka sejak 11 November, apabila kempen deportasi baharu dilancarkan. Di antara jumlah itu, 26 dihantar pulang ke Amerika Syarikat dan Eropah.

“Turki bukan penjara terbuka atau hotel,” kata jurucakap kementerian Ismail Catakil, menambah pihak berkuasa Turki akan menghantar balik kesemua suspek. – AFP