Turki usir suspek IS

ANKARA, TURKI, 14 NOV – Seorang warga AS dan suspek ahli kumpulan Islamic State (IS), yang menghabiskan masa tiga hari di tanah asing antara Turki dan Greece selepas Ankara cuba untuk mengusirnya, akan dihantar pulang ke AS, kata Menteri Dalam Negeri Turki hari ini.

Kenyataan kementerian berkata AS bersetuju untuk membawanya dan prosedur memulangkannya sedang dijalankan. Tindakkan itu diambil sehari selepas presiden Turki Recep Tayyip Erdogan bertemu dengan presiden AS Donald Trump di Washington.

Lelaki itu tersekat di zon ketenteraan setelah Turki cuba mengusirnya ke Greece tetapi Athen enggan untuk menerimanya. Media Turki mengenal pasti beliau sebagai Mohammad Darwis B, 39 tahun dan berkata dia berketurunan warga Amerika-Jordan.

Kementerian berkata lelaki itu arahkan diusir ke Greece. – AP