Saturday, September 23, 2023
30 C
Brunei

    -

    Turkiye, Rusia adakan perbincangan perluas perdagangan

    ANKARA, 13 SEPT – Turkiye dan Rusia telah mula membincangkan secara aktif pembayaran urus niaga perdagangan dalam mata wang masing-masing, sumber dalam pentadbiran pemimpin Turkiye memberitahu Sputnik hari ini.

    Minggu lalu, selepas mengadakan pertemuan secara peribadi dengan rakan sejawatannya Recep Tayyip Erdogan, Presiden Rusia Vladimir Putin berkata bahawa kedua-dua negara semakin kerap menggunakan mata wang negara mereka untuk transaksi bersama.

    Erdogan berkata pertukaran kepada mata wang tempatan membabitkan kerjasama dua hala antara Ankara dan Moscow adalah penting.

    “Kami kini sedang giat berbincang dengan rakan kongsi Rusia mengenai bidang yang boleh membuat pembayaran dalam mata wang masing-masing. Proses itu telah bermula dalam sektor tenaga, dalam kerjasama pembelian gas. Hubungan ekonomi antara kedua-dua negara berkembang dalam semua bidang dan kami sewajarnya memenuhi arahan pemimpin kami, yang menekankan keberkesanan langkah ini,” kata sumber itu.

    Ankara memahami bahawa ianya bukan sesuatu yang mudah, tetapi kedua-dua pihak mempunyai kemahuan politik yang diperlukan, kata pegawai itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...