Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Turkiye terbitkan buku Masjid Hagia Sophia

    ANKARA, 24 JULAI – Direktorat Komunikasi Turkiye pada Sabtu melancarkan dua buku mengenai Masjid Hagia Sophia Istanbul, sehari sebelum ulang tahun kedua pembukaan semula masjid itu.

    Buku-buku berkenaan memuatkan mengenai kaedah seni bina masjid dan reaksi orang Turkiye terhadap pertukaran status masjid itu, menurut kenyataan direktorat.  

    “Hagia Sophia kembali menjadi masjid…impian yang menjadi kenyataan, bukan sahaja untuk Turkiye bahkan buat semua umat Islam di seluruh dunia,” tulis Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan di mukadimah buku itu. 

    Beliau berkata dengan ciri-ciri sejarah, agama dan budaya yang ada di masjid itu, ia melambangkan tindakan terbaik dalam menepis Islamofobia yang semakin meningkat khususnya di Eropah dan jenayah kebencian terhadap umat Islam di seluruh dunia.

    Direktorat itu akan mengeluarkan dokumentari khas mengisahkan sembilan masjid berbeza di bandar Anatolia, yang dinamakan Hagia Sophia pada Ahad.  

    Pada 10 Julai 2020, mahkamah Turkiye membatalkan dekri Kabinet 1934 yang telah menjadikan Hagia Sophia sebagai muzium, mengembalikan peranannya sebagai masjid selepas 86 tahun.

    Kemudian pada 24 Julai 2020, monumen itu muncul kembali seperti zaman kegemilangannya.

    Hagia Sophia dijadikan sebagai gereja selama 916 tahun dan 86 tahun sebagai muzium, tetapi dari 1453 hingga 1934, hampir 500 tahun, ia berperanan sebagai sebuah masjid. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...