Turkmenistan peruntuk AS$1.5 bilion bina bandar baharu

ASHGABAT, TURKMENISTAN, 5 FEB  – Turkmenistan akan membelanja kira-kira AS$1.5 bilion untuk membina sebuah bandar di mana pembinaannya akan diselia oleh anak lelaki pemimpin berpengaruh negara.

Satu laporan yang ditunjukkan di televisyen negeri semalam berkata bahawa Presiden Turkmenistan Gurbanguly Berdymukhamedov telah mengarahkan kerajaan supaya memperuntuk wang untuk mengimport peralatan yang diperlukan untuk membina infrastruktur bandar. Gambar televisyen menunjukkan Berdymukhamedov mengunjungi tapak di mana bandar baharu tanpa nama itu akan dibina di rantau Ahal di mana anak lelakinya Serdar Berdymukhamedov memimpin kerajaan wilayah.

Aleksandr Dadayev, pengerusi kesatuan industri negara dan usahawan, memuji projek tersebut sebagai ‘tidak pernah berlaku sebelumnya’ dan ‘sebuah bandar untuk abad ini.’ – AFP