Turner bintangi kemenangan Pacers, Bulls terus merana

LOS ANGELES, 5 Dis – Myles Turner menjaringkan 18 mata ketika Indiana Pacers menyerahkan kekalahan pada tugas pertama Jim Boylen bersama Chicago Bulls hari ini.

Boylen mengambil alih tugasan ketua jurulatih bagi Bulls pada Isnin lalu selepas Chicago memecat Fred Hoiberg.

Tetapi skala tugasan yang dihadapi Boylen adalah digariskan oleh Pacers di Indianapolis ketika Bulls mengalami kekalahan 96-90.

Kekalahan tersebut menyaksikan Chicago dengan rekod 5-20, yang meletakkan mereka di tangga tercorot kedudukan Eastern Conference.

Pasukan Pacers memperbaiki kedudukan 14-10 bagi musim ini, membawa mereka ke tangga kelima dalam East, ketinggalan 5.5 perlawanan dari pendahulu Toronto.

Antara aksi menarik dalam perlawanan di antara Pacers dan Bulls di Indianapolis kelmarin. – AP

Begitu juga dengan jumlah dua digit jaringannya, Turner juga mencatatkan dengan 11 rebounds dan tiga asis.

Pemain penyerang berusia 22 tahun itu juga menghasilkan lima hadangan, mendapatkan bantuan dari Darren Collison, yang mencatatkan 23 mata dan lapan asis.

Pemain penyerang Finland, Lauri Markkanen mendahului jaringan bagi pasukan Chicago dengan 21 mata dan 10 rebounds.

Boylen sementara itu memuji karakter pasukannya, tetapi memberikan amaran bahawa peringkat kecergasan perlu diperbaiki.

“Saya suka pasukan ini,” kata Boylen. “Kami bersaing. Kami berjuang. Ia adalah pasukan besar, fizikal.

“Saya merasa kecewa kami tidak menang. Tetapi saya tidak terjejas. Kami mempamerkan kekuatan.

“Saya kecewa dengan kedudukan kami,” tambah Boylen. “Ia akan berubah.”

Dalam perlawanan semalam, Orlando Magic memperbaiki kedudukan 12-12 musim ini dengan kemenangan 105-90 ke atas Miami Heat dalam perlawanan tetangga Florida.

Pemain veteran Miami, Dwayne Wade mendakwa rakan sepasukannya bersikap berpuas hati berikutan kekalahan itu, yang menyusul selepas kemenangan berturut–turut ke atas New Orleans dan Utah. – AFP