Saturday, September 23, 2023
24.8 C
Brunei

    -

    Turunkan harga durian

    Saya mewakili peminat buah-buahan tropika ingin menyarankan supaya harga buah-buahan terutamanya durian yang dijual di negara kitani supaya diturunkan lebih rendah lagi.

    Jika di negara jiran, kita boleh menikmati durian musang king pada harga serendah RM25 sekilogram (sekitar $7-8 sahaja). Tetapi di sini, harga durian tersebut boleh melambung tinggi sehingga $70-80 untuk satu kilogram. Sungguh tidak masuk akal. Jika peniaga tersebut ingin meraih keuntungan sekalipun, berpada-padalah. Pesanan ini saya tujukan juga kepada pasar raya besar di sini yang menjual satu pek kecil durian dari Thailand pada harga yang terlalu mahal.

    Sebenarnya, bukan sahaja harga durian yang masih mahal. Perhatikan sahaja harga barang-barang lain yang dijual di sini.

    Ada dalam kalangan peniaga yang menukar ‘dollar sign’ sahaja. Sebagai contoh, jika barang tersebut dijual di negara jiran pada harga RM35, maka di sini, harga tersebut automatik menjadi $35 atau lebih.

    Jika dikira-kira, penjual tersebut telah mengambil untung berlipat-lipat kali ganda setelah menolak kos-kos yang berkaitan. Tidak hairanlah kenapa ramai orang memilih untuk berbelanja di luar negara.

    Sekian sahaja luahan saya. Sekali lagi, turunkanlah harga buah-buahan supaya lebih ramai lagi orang biasa seperti saya dapat menikmatinya.

    Hantu buah

    Gambar Envato Elements
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...