Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tutong Hotspurs muncul juara Liga TDAFA

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    TUTONG, 31 Dis – Tutong Hotspurs muncul juara liga anjuran Persatuan Bola Sepak Amatur Daerah Tutong (TDAFA) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Tutong apabila berjaya menumpaskan Pasukan T.Team selepas menang dalam perlawanan akhir 1-0 baru-baru ini.

    Muncul tempat ketiga di Kompleks Sukan Tutong itu adalah Pasukan PMS Sengkarai dan tempat keempat pula dirangkul oleh Pasukan MPK Bt Panggal.

    Manakala Anugerah Penjaring Terbanyak diberikan kepada Mohd Hariz bin Daniel Haji Khalliden dari Pasukan Tutong Hotspurs manakala Awangku Mohd Faizuladzni bin Pengiran Tajudin juga dari Pasukan Tutong Hotspurs menerima Anugerah Pemain Terbaik.

    Hadir menyaksikan perlawanan akhir itu ialah ahli Jawatankuasa Penasihat TDAFA, Haji Abdul Khani bin Haji Abdul Kadir serta Pengerusi Liga TDAFA, Bujang bin Haji Japar.

    Juara liga, Tutong Hotspurs bersama tetamu kehormat majlis.

    Dengan kemenangan dan gelaran juara Liga TDAFA Musim 2017, Tutong Hotspurs akan mewakili Daerah Tutong ke Liga Perdana Dst 2018 tahun depan.

    Liga TDAFA bermula 18 Ogos lalu dan disertai sembilan buah pasukan dari Daerah Tutong dan turut menjemput sebuah pasukan dari Daerah Belait iaitu Pasukan Pandan14 dan liga ini dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan A terdiri daripada Pasukan Tutong Hotspurs, Pandan, Azmainsah FT, Bamit FC dan T.Team manakala Kumpulan B menampilkan Pasukan MPK Bt Panggal, Pms Fc, Perda Fc, Bang Dalam dan Sengkarai Joner.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda