Tuesday, March 21, 2023
21.2 C
Brunei

-

Tutong serlah ketokohan, kewibawaan raja

Oleh Sim Y. H., Yusrin Junaidi & Normazlina M.D

Gambar Oleh Muiz Matdani & Sim Y.H.

TUTONG, 18 Julai – Sekali lagi, Daerah Tutong diberikan kepercayaan dan penghormatan untuk menjadi daerah pertama untuk mempersembahkan persembahan khas yang membawa tema ‘Raja Bijaksana, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera’, bersempena dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bercemar duli bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Tutong yang berlangsung di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Daerah Tutong, hari ini.

Keadaan cuaca yang mendung, bagai menguatkan lagi semangat seramai 471 orang peserta yang mengambil bahagian dalam persembahan khas di mana setiap peserta memberikan persembahan yang penuh bertenaga.

Huraian tema persembahan khas selama kira-kira 15 minit bagi Daerah Tutong mengetengahkan kepimpinan, ketokohan dan kewibawaan raja yang bijaksana bagi menjamin kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat yang berteraskan falsafah Melayu Islam Beraja.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Kishida umum rancangan Indo-Pasifik baharu di India

NEW DELHI, 20 MAC - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida hari ini menjemput rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi untuk menghadiri sidang kemuncak negara-negara...
- Advertisment -