Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Tutong tonjol potensi pelancongan

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar oleh James Kon

    TUTONG, 13 FEB – Daerah Tutong kini semakin dikenali dengan pelbagai tarikan, khususnya tarikan ekopelancongan yang berasaskan komuniti sehingga produk dan aktiviti seumpamanya semakin mendapat tempat dalam kalangan pengunjung bukan sahaja dari luar negara, malahan penduduk di negara ini yang ingin mempelajari dan mendalami tradisi dan cara hidup penduduk tempatan.

    Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Apong menyatakan perkara itu semasa berucap pada Majlis Pelancaran Pakej Produk Pelancongan Daerah Tutong yang berlangsung di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong, kelmarin.

    Terdahulu, Yang Berhormat Dato menyatakan kesyukuran dapat menyaksikan semakin banyak produk pelancongan baharu dan produk yang diungkayahkan oleh ahli-ahli majlis perundingan kampung (MPK) diperkenalkan di Daerah Tutong yang berpotensi dan terbukti menjadi tarikan para pengunjung tempatan dan luar negara dengan sokongan Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan dan pelbagai pihak yang terlibat, antaranya Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Pejabat Daerah.

    Dalam pada itu, beliau turut berkongsi beberapa mercu tanda dan pelbagai tempat tarikan daerah ini seperti Taman Rekreasi Sungai Basong; Taman Warisan Tasek Merimbun dan Taman Kulimambang; Bangunan Pejabat Daerah Lama di Pekan Tutong; Bukit Bendera; Tugu Warisan Emas; dan Pantai Seri Kenangan.

    Daerah Tutong juga dikenali dalam kalangan para pengunjung kerana Tamu Tutong, makanan seperti pulut panggang dan wajid Tanjong Maya Tutong serta kilang pemprosesan makanan laut di Kompleks Industri Serambangun dan ladang ternakan udang di Kampung Sungai Penyatang.

    Yang Berhormat Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan semasa Majlis Pelancaran Pakej Produk Pelancongan Daerah Tutong.
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali berpeluang melihat lebih dekat hasil seni kraf tangan di Lakaba Jaya, Kampung Sengkarai.

    Bersempena dengan majlis pelancaran berkenaan, Yang Berhormat Dato turut menyaksikan brosur yang mengandungi contoh jadual perjalanan yang boleh dipilih oleh para pengunjung atau mereka bentuk lawatan dan aktiviti yang dibuat khusus melalui agensi pelancongan tempatan dan juga tayangan video berkisar pelancongan menarik di daerah tersebut.

    Majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah ASEAN Clean Tourist City kepada Pekan Tutong yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato dan diserahkan kepada Pengerusi Lembaga Perbandaran Tutong, Haji Azmi bin Haji Abdul Rahim.

    Dalam pada itu, program lawatan suai kenal bagi para pengamal media dan agensi pelancongan turut diadakan sejurus majlis pelancaran di mana rombongan yang turut disertai oleh Yang Berhormat Dato berpeluang menerokai produk-produk dan aktiviti pelancongan hasil usaha penduduk di Daerah Tutong secara eksklusif.

    Tempat-tempat lawatan yang diterokai ialah Lakaba Jaya, Kampung Seng-; Angkasa Oudh Agarwood, Syarikat Wira Bina; Lamin Warisan yang terletak di Kampung Tanjong Maya; Bintudoh Greenspring Resort; dan Eco Ponies Garden.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...