Tutu terima rawatan ‘jangkitan’

JOHANNESBURG, 5 DIS – Ikon anti-aparteid Afrika Selatan Desmond Tutu telah dimasukkan ke hospital di Cape Town untuk ‘rawatan jangkitan’, kata pejabatnya semalam.

Ketua biskop berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan kanser prostat selama lebih 15 tahun.

Beliau kali terakhir dimasukkan ke hospital pada September 2018 untuk menjalani ‘beberapa siri ujian’ dan dibenarkan keluar selepas dua minggu.

“Ketua biskop Desmond Tutu telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan jangkitan,” kata isterinya Leah Tutu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Yayasan Warisan Desmond & Leah Tutu.

Tutu dimasukkan ke hospital empat kali pada 2016 dan menjalani pembedahan kecil untuk jangkitan yang dikaitkan dengan rawatan kanser prostat beliau.

Beliau menjadi terkenal di seluruh dunia atas tentangan beliau terhadap pemerintahan penduduk minoriti kulit putih di bawah aparteid dan memenangi Hadiah Keamanan Nobel pada 1984. – AFP

Gambar fail pada 27 April menunjukkan Ketua Biskop Desmond Tutu menghadiri pameran dan pelancaran buku gambar kehidupannya, yang telah diubah menjadi lukisan, di tengah Cape Town. – AFP