Saturday, October 5, 2024
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tutup pusat tahfiz jika pengetua bersalah

    SEREMBAN 23 Sept – Kerajaan akan menutup pusat tahfiz di Kepong, Kuala Lumpur sekiranya pengetua pusat tahfiz tersebut didapati bersalah meliwat sembilan pelajarnya.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, tindakan tegas perlu diambil kerana perbuatan terkutuk seperti meliwat atau mencabul bukan sahaja mencemarkan nama baik institusi tahfiz malah mencalar imej baik agama Islam itu sendiri.

    “Jangan kita menggunakan nama baik institusi tahfiz untuk melakukan perkara yang dilarang oleh agama.

    “Perbuatan keji itu bukan sahaja memburukkan imej agama tetapi orang akan hilang kepercayaan terhadap institusi berkenaan.

    “Individu yang terlibat perlu diambil tindakan dan sekolahnya juga perlu diberi amaran dan sekiranya ia melibatkan pengetua pusat tahfiz sendiri, kita terpaksa arah tutup kerana memalukan dan memberi kesan negatif,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Fiqh Kewarganegaraan (Fiqh Muwatanah) Dalam Naratif Malaysia Baharu, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda