Sunday, March 23, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tutup rumah penyembelihan, bebaskan lebih 40 anjing

    THAI NGUYEN, VIETNAM, 3 NOV – Lebih 40 ekor anjing, termasuk anak-anak anjing berusia 10 hari, dilepaskan dari rumah penyembelihan di Vietnam hari ini selepas pemiliknya menghentikan perusahaan daging anjing.

    Dianggarkan lima juta ekor anjing dibunuh untuk dagingnya setiap tahun di Vietnam kedua tertinggi di dunia selepas China dengan sesetengah percaya bahawa memakan daging haiwan itu boleh membantu menghilangkan nasib malang manakala yang lain melihatnya sebagai makanan istimewa.

    Tetapi sikap terhadap makan daging anjing perlahan-lahan berubah, terutamanya di bandar, kerana haiwan itu semakin dipelihara sebagai haiwan peliharaan.

    Kieu Viet Hung, yang telah terbabit dalam perusahaan itu sejak tujuh tahun lalu, hari ini menyerahkan 44 ekor anjing ke tempat perlindungan, yang akan menjaganya dan cuba mencari rumah baharu.

    “Apabila saya biasa membunuhnya (anjing), saya berasa kasihan,” kata Hung, 39, kepada AFP di ladangnya di pergunungan Thai Nguyen City, utara Hanoi.

    Hung menyembelih sehingga 20,000 ekor anjing sejak tujuh tahun lalu. Majoritinya dijual kepadanya oleh keluarga luar bandar yang membiak anak-anak anjing di rumah untuk menambah pendapatan mereka. – AFP

    Anjing-anjing melihat keluar dari sangkar di ladang anjing dan rumah penyembelihan di wilayah Thai Nguyen, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda