TV OLED dinobat TV 4K terbaik

SEOUL, 13 NOV – Televisyen OLED (diod pemancar cahaya organik) keluaran LG Electronics Inc, telah dinobatkan sebagai TV 4K terbaik tahun ini berdasarkan kualiti gambar, sudut tontonan dan bunyinya, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap memetik laporan sebuah majalah pengguna Amerika Syarikat pada hari ini.

Laporan Pengguna berkata TV OLED LG berukuran 55 inci (55CP9PUA) meraih markah yang tinggi bagi kualiti gambarnya dalam ujian prestasi bagi julat dinamik tinggi (HDR) dan definisi ultra tinggi (UHD).

“Seperti semua TV OLED, model ini mempunyai sudut tontonan hampir tidak terhad dan bunyinya juga hebat, antara yang terbaik pernah kami uji,” menurut laporan pengguna.

“Sebagai bonus, set ini menyokong audio Dolby Atmos yang memberikan kesan runut bunyi tiga dimensi.”

Laporan Pengguna turut memilih TV QLED keluaran Samsung Electronics Co berukuran 65 inci (QN65Q90R) dan TV LCD keluaran Sony berukuran 65 ini (XBR-65Z9F) sebagai ‘TV bukan OLED terbaik.’ – Bernama