Tuesday, May 30, 2023
23.6 C
Brunei

    -

    TVET mampu hasilkan modal insan cemerlang, berkualiti

    SANDAKAN, 27 MAC – Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) merupakan gabungan ilmu dan kemahiran tinggi yang dapat menghasilkan modal insan yang cemerlang serta berkualiti, seterusnya melahirkan banyak peluang yang mengubah kehidupan rakyat, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

    Titah baginda hasrat Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dalam memperkasakan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) untuk mentransformasi politeknik dan kolej komuniti diharapkan dapat direalisasikan.

    “Pembangunan modal insan ini penting dalam mendepani cabaran pada masa akan datang bagi melahirkan keperibadian rakyat yang unggul.

    “Justeru, berikut antara perkara yang perlu diberikan perhatian – prasarana kondusif, peningkatan kemajuan sektor pertanian, usaha kajian dan inovasi bidang pertanian, serta saranan pelajar menggunakan peluang menyerlahkan potensi diri sendiri,” titah baginda ketika merasmikan Program Titian Kasih di Politeknik Sandakan dekat sini hari ini.

    Sempena program itu, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan merasmikan Pusat Kajian dan Akuakultur Politeknik Sandakan. – Bernama

    Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kiri) berkenan menyampaikan Titah Diraja pada program Titian Kasih 2023 sempena lawatan kerajaan Negeri Perlis ke Sabah (EKS PERBAH) 2023 di Politeknik Sandakan kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea Utara akan lancar satelit pengintip tentera

    SEOUL, 30 MEI - Korea Utara berkata pada hari ini ia akan melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya pada Jun dan menyifatkan peninjauan berasaskan angkasa...
    - Advertisment -