‘Twindemic’ kemungkinan landa Korea S

SEOUL, 23 SEPT – Pakar kesihatan hari ini memberi amaran potensi ‘twindemic’ musim sejuk mungkin melanda dan jika tidak ditangani dengan betul boleh memburukkan lagi situasi COVID-19, lapor agensi berita Yonhap.

Pertarungan menentang virus di seluruh negara dijangka berhadapan kesukaran ketika musim sejuk semakin menghampiri, kerana virus sistem pernafasan, termasuk influenza dan COVID-19, mempunyai simptom yang hampir serupa, termasuk demam dan sakit tekak, menyebabkan ia sukar dikenal pasti melainkan dengan menjalani uijian.

Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit (KDCA) sebelumnya mengesahkan  kes bertindih berkaitan kedua-dua penyakit yang membabitkan sistem pernafasan itu.

“Disebabkan sukar untuk membezakan di antara dua penyakit tersebut, orang ramai perlu menjalani ujian sekiranya mereka mempunyai gejala,” kata Park Wan-beom, pakar penyakit berjangkit di Hospital Nasional Seoul.

Bermula awal bulan ini, negara itu telah menyediakan suntikan selesema percuma, kebanyakannya untuk kanak-kanak yang lebih kecil, sebagai satu usaha bagi meningkatkan bilangan rakyat yang telah mendapat imunisasi. – Bernama