Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Twitter cabar arahan India mahu sekat content

    NEW DELHI, 6 JULAI – Twitter mencabar arahan India di mahkamah berhubung arahan kerajaan itu untuk menyekat content (kandungan) yang di laman media sosialnya, menurut laporan media tempatan dipetik daripada dokumen undang-undang, hari ini.

    Perbicaraan tersebut adalah persemukaan terkini antara Twitter dan pihak berkuasa India, yang mana telah mendakwa mengongkong kritikan secara dalam talian dan bukan dalam talian.

    Dalam kes yang difailkan ke mahkamah itu di Bangalore, syarikat gergasi media sosial berkenaan mendakwa dengan tuduhan beberapa akaun dan kandungan yang dibuat oleh kerajaan tersebut adalah melampau dan sembarangan serta tidak seimbang, menurut laporan akhbar harian Indian Express.

    Syarikat berkenaan menghadapkan tuntutan ke mahkamah tinggi Karnataka bahawa kementerian tersebut gagal membuktikan sebahagian kandungan yang ingin digugurkan adalah menyalahi undang-undang IT, menurut sumber yang dipetik oleh akhbar tersebut.

    Pada minggu lalu, Twitter telah mengesahkan India menerusi akaun yang ditapis secara tempatan dan beberapa hantaran, termasuk dengan perbincangan mengenai kemunduran dalam kebebasan menggunakan Internet di dalam sebuah negara demokrasi terbesar dunia itu. – AFP

    Twitter mempersoalkan kerajaan India di mahkamah selepas beberapa arahan untuk menggugurkan beberapa kandungan dalam platform media sosial tersebut. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...