Saturday, December 7, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Twitter padam mesej doakan kematian Trump

    SAN FRANCISCO, 6 OKT – Twitter memadamkan semua mesej yang mendoakan kematian Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dalam usaha menyekat salah guna media sosial sebagai platform untuk mengkritik pemimpin negara itu.

    Tindakan terbaharu syarikat berpangkalan di San Francisco itu dibuat berikutan banyak mesej mendoakan kematian Trump setelah Presiden AS itu dilaporkan menerima rawatan di hospital selepas disahkan positif COVID-19 Jumaat lalu.

    Twitter, dalam satu kenyataan, mempertahankan tindakan mereka dengan menegaskan bahawa perbuatan mendoakan kematian sesiapa saja merupakan tingkah laku tidak sopan.

    “Mesej yang menginginkan atau mengharapkan kematian, kecede-raan serius atau penyakit yang membawa maut terhadap sesiapa pun tidak dibenarkan dan perlu dipadamkan,” katanya.

    Turut dilampirkan, dasar syarikat itu menyatakan mereka tidak bertolak ansur dengan kandungan yang menginginkan, berharap atau menyatakan keinginan seseorang untuk mati atau dijangkiti penyakit membawa maut.

    Pesanan itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial itu, malah mereka berpendapat bahawa Twitter tidak konsisten untuk menguatkuasakan peraturan terbabit.

    Antaranya ialah wakil Demokrat, Alexandria Ocasio-Cortez atau dikenali sebagai AOL, yang sering menerima kritikan anggota Republikan konservatif melalui media sosial itu.

    “Jadi… anda bermaksud memberitahu kami bahawa sepanjang masa ini anda boleh melakukannya (memadam-kan mesej Twitter kontroversi) ini sepanjang masa?

    Berita Trump dimasukkan ke hospital akibat COVID-19 menjadi tajuk hangat di Twitter dan pengguna mengulang siar kenyataan pemimpin itu yang lantang mengkritik risiko pandemik dan langkah keselamatan seperti pemakaian penutup mulut dan hidung. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda