Saturday, January 25, 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Twitter PM India digodam lagi

    NEW DELHI, 12 DIS – Akaun Twitter Perdana Menteri India, Narendra Modi digodam hari ini dengan mesej yang mengisytiharkan negaranya menerima pakai bitcoin sebagai mata wang sah dan mengedarkan mata wang kripto kepada rakyat.

    Modi antara ahli politik yang menjadi pengguna paling popular dalam platform itu dengan lebih 73 juta pengikut pada akaun utamanya.

    Catatan itu kemudiannya dipadamkan serta-merta daripada pengendali utama @narendramodi yang menyebut kerajaan India telah membeli 500 bitcoin dan mengedarkannya kepada semua penduduk negara itu bersama pautan penipuan.

    Ia kali kedua satu daripada akaun Twitter Modi digodam, selepas satu lagi diambil alih tahun lalu dengan catatan menggesa orang ramai menderma kepada dana bantuan koronavirus palsu.

    Penggodaman berlaku tatkala India bersedia untuk mengekang perdagangan mata wang kripto yang berkembang pesat dengan undang-undang baharu yang mungkin diperkenalkan di parlimen bulan ini.–AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda