Wednesday, March 22, 2023
22.9 C
Brunei

-

Twitter sekat akaun rasmi kerajaan Rusia

SAN FRANCISCO, 6 APRIL – Twitter kelmarin mengumumkan ia akan memperkenalkan langkah baharu terhadap akaun kerajaan Rusia bagi mengurangkan impak propaganda rasmi di rangkaian media sosial.

Akaun rasmi tidak lagi akan ‘disarankan’ kepada pengguna Twitter di seluruh kategori aplikasi, termasuk dalam pencarian, menurut platform media sosial itu dalam kenyataannya.

Syarikat berpangkalan di California itu, sama seperti pesaingnya, Meta, induk syarikat Facebook dan Instagram, sudah menghalang akaun media yang diuruskan oleh negara Rusia, RT dan Sputnik di Kesatuan Eropah.

Moscow memberi tindak balas dengan menyekat akses kepada Twitter di negara itu, serta menghalang Facebook dan Instragram.

“Apabila sebuah kerajaan menghalang atau mengehadkan akses kepada perkhidmatan dalam talian dalam negara mereka, menghalang orang awam bersuara dan mendapatkan akses maklumat, tetapi berterusan menggunakan perkhidmatan dalam talian untuk telekomunikasi mereka, terhasillah maklumat tidak seimbang,” katanya. – AFP

Twitter akan memperkenalkan langkah baharu terhadap akaun kerajaan Rusia bagi mengurangkan impak propaganda rasmi di rangkaian media sosial.- AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -