Twitter sekat pengguna kongsi gambar tanpa kebenaran

SAN FRANCISCO, 1 DIS – Twitter semalam melancarkan peraturan baharu yang menyekat pengguna daripada berkongsi gambar peribadi orang lain tanpa kebenaran mereka, dalam usaha memperketat dasar rangkaian sehari selepas ia menukar Ketua Pegawai Eksekutifnya.

Di bawah peraturan baharu itu, individu yang bukan orang kenamaan boleh meminta Twitter mengeluarkan gambar atau video mereka yang dilapor disiarkan tanpa kebenaran.

Twitter berkata dasar ini tidak hanya membabitkan ‘orang kenamaan atau individu apabila media dan teks dikongsi untuk tatapan orang awam atau menambah nilai perdebatan awam.’

“Kami akan sentiasa berusaha menilai isi kandungan di mana isi kandungan dikongsi dan, dalam kes berkenaan, kami mungkin membenarkan gambar atau video dikekalkan,” tambah syarikat.

Hak pengguna internet untuk merayu platform apabila gambar atau data mengenai mereka disiarkan oleh pihak ketiga, terutamanya untuk tujuan jahat, telah menjadi isu perdebatan bertahun-tahun lamanya.

Twitter telah pun melarang penerbitan maklumat peribadi seperti nombor telefon atau alamat individu, tetapi timbulnya ‘kebimbangan yang meningkat’ mengenai penggunaan isu kandungan untuk ‘mengganggu, menakut-nakutkan dan mendedahkan identiti individu,” kata Twitter. – AFP