LONDON, 19 Sept – Bekas juara heavyweight dunia dari Britain yang bermasalah, Tyson Fury (gambar) mencabar badan Anti-Doping UK (UKAD) sama ada untuk mempercepatkan dan menggantungnya kerana mengambil bahan terlarang atau membenarkannya untuk meneruskan kerjayanya yang tidak menentu.
Petinju berusia 29, yang tidak bertarung sejak mengejutkan Wladimir Klitschko untuk memenangi gelaran-gelaran heavyweight WBA, WBO dan IBF pada November 2015, menunggu untuk hadir di depan pendengaran UKAD selepas didakwa dengan kesalahan doping lebih setahun yang lalu.
UKAD membatalkan pendengaran asal pada Mei lalu kerana konflik kepentingan melibatkan ahli panel dan belum mengumumkan bila ia akan diadakan.
“Berapa lama perlu saya menunggu dan tidak beraksi?” jelas Fury semalam.
“Ia sudah 15 bulan sejak saya berada di bawah penyiasatan, anda menghalang seorang lelaki yang tidak bersalah dari memenuhi takdirnya dan dari menyara keluarganya.”
UKAD enggan mengulas mengenai kes Fury itu, yang menambah tidak terdapat skala masa bagi penyiasatannya.
Fury, yang mana sepupunya, Hughies, menentang juara heavyweight dunia WBO, Joseph Parker di Manchester pada Sabtu ini, berkata UKAD menafikan hak kemanusiaannya.
“Semua orang diuruskan dalam masa beberapa bulan, mengapa perlu saya dilayan berbeza?” jelasnya.
“Sama ada menghalang saya atau membebaskan saya, kerana saya berada dalam kedudukan tidak menentu buat masa yang lama! Saya mahu meneruskan kehidupan saya! Bersihkan nama saya dan biarkan saya kembali zaman kegemilangan saya.” – AFP