Tuesday, May 30, 2023
22.7 C
Brunei

    -

    Tze Liang tumpu Sukan Komanwel 2022

    HANOI, 10 MEI – Selepas merangkul pingat emas peribadi ke-13 di Sukan SEA, atlet terjun lelaki Malaysia Ooi Tze Liang mahu mengalihkan tumpuannya ke temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang dijadual berlangsung dari 28 Julai hingga 8 Ogos ini, secepat mungkin.

    Berbaki kira-kira dua bulan sebelum ia bermula, Tze Liang yang kali terakhir memenangi pingat emas Sukan Komanwel pada edisi 2014 di Glasgow menerusi acara 3m papan anjal lelaki, sudah bersedia untuk memulakan persediaan untuk mengharungi cabaran sengit temasya sukan itu.

    Semalam, Tze Liang mencipta sejarah tersendiri apabila menyambar emas peribadi ke-13 selepas mengungguli saingan final acara 1m papan anjal lelaki Sukan SEA ke-31 di Pusat Akuatik My Din, Vietnam.

    Ia juga merupakan pingat emas kedua diraihnya di Hanoi selepas turut membawa pulang emas 3m papan anjal seirama lelaki bersama gandingan Chew Yi Wei, Ahad lepas.

    Selain merangkul emas, Tze Liang turut berjaya mendapatkan pingat perak 10 m platform lelaki pada Sukan Komanwel 2014. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    ‘Saya sangat letih’

    SYDNEY, 29 MEI – Ketua Menteri yang popular di Australia Barat, Mark McGowan, yang mengasingkan negerinya daripada dunia semasa kemuncak pandemik COVID-19, hari ini...
    - Advertisment -