Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Tze Yong sedia tawan BAC 2023 di Dubai

    KUALA LUMPUR, 31 MAC – Pemain perseorangan lelaki Malaysia, Ng Tze Yong menjadikan pengalaman menumbangkan juara dunia Viktor Axelsen di pusingan kedua Kejohanan Badminton All England baru-baru ini, sebagai bekalan untuk mencipta ‘magis’ di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 pada April ini.

    Pemenang pingat perak Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu bersiap sedia berdepan segala kemungkinan untuk menawan kejohanan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu selepas penampilan pertama di Filipina tahun lalu tidak berhasil apabila dibenam seawal pusingan pertama oleh pemain India, Kidambi Srikanth.

    “Saya belajar banyak di kejohanan Eropah dan yakin tampil aksi lebih baik dalam beberapa siri kejohanan selepas ini, di mana sudah sihat lepas kecederaan di Eropah.

    “Saya kembali menjalani latihan Rabu lepas (29 Mac) dan akan sertai BAC selepas ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara hari ini.

    Tze Yong, 23, enggan memberi tekanan kepada diri sendiri dengan terburu-buru meletakkan sasaran tinggi dalam kejohanan itu, sebaliknya akan menajamkan kemahiran sedia ada bersama jurulatih Hendrawan untuk menikmati perlawanan demi perlawanan ketika bertemu pihak lawan.

    Pada 16 Mac lalu, Tze Yong mencipta sensasi tersendiri apabila menyingkirkan penyandang juara All England, Axelsen pada saingan kedua di Birmingham, namun terpaksa akur apabila ditewaskan Li Shi Feng dari China dalam perhitungan straight set 21-11, 21-11 pada suku akhir. – Bernama

    Ng Tze Yong sedia tawan Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 pada April ini. – BernamaNg Tze Yong, badminton, UAE, BAC, All England, sukan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...