Friday, March 24, 2023
26.3 C
Brunei

-

Tze Yong singkir Axelsen di All England

KUALA LUMPUR, 17 MAC – Pemain perseorangan lelaki Malaysia, Ng Tze Yong mencipta sensasi tersendiri apabila menyingkirkan penyandang juara All England, Viktor Axelsen, pada saingan pusingan kedua di Birmingham, semalam.

Pertembungan sulung dengan jaguh dunia dari Denmark di Utilita Arena itu, menyaksikan Tze Yong menampilkan semangat juang yang tinggi untuk mendahului perlawanan dengan keputusan 21-15.

Bagaimanapun, Axelsen, tidak gusar dengan kekalahan set pertama itu dan menggunakan pengalaman beliau untuk bangkit semula di set kedua dengan kemenangan 21-9, sekali gus mengheret perebutan slot suku akhir ke rubber set.

Pada set penentuan, Tze Yong, 22, mengekalkan rentak permainan dan kekal tenang di sebalik tekanan Alexsen yang cuba bangkit pada penghujung permainan, namun pemain negara itu mampu bertahan dengan kemenangan 23-21.

Tze Yong seterusnya dijadual bertemu pemain China, Li Shi Feng, dalam pusingan suku akhir hari ini. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -