Tzuyu kembali ke Korea Selatan

Ahli kumpulan TWICE, Tzuyu (gambar bawah) kembali ke Korea Selatan selepas terpaksa mengasingkan diri di Taiwan sejak dua minggu lalu.

Menurut laporan CNN, agensi Tzuyu, JYP Entertainment mengesahkan khabar tersebut.

Mereka berkata ahli termuda TWICE akan kembali ke aktiviti yang dijadualkan.

“Tzuyu berada dalam keadaan yang baik dan akan mengikuti aktiviti kumpulan mengikut jadual,” katanya. Sebelum menjalani penga-singan, Tzuyu bersama-sama dengan lapan anggota TWICE sepatutnya mengadakan konsert di KSPO Dome, Seoul pada 7 dan 8 Mac lalu.

Konsert ini telah dibatalkan untuk mencegah penyebaran koronavirus dan kesihatan artis, kakitangan dan penonton.

Oleh sebab itu, Tzuyu terbang kembali ke Taiwan untuk bercuti. – Agensi