DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 15 Jan – Pasukan Tentera Udara, Emiriah Arab Bersatu dan Britain telah memulakan latihan di tengah-tengah ketegangan negara Teluk Arab dengan Iran yang masih berterusan.
Agensi berita WAM milik kerajaan UAE berkata latihan ‘Sea Dagger 2017’ bermula hari ini. Ia tidak memberi butiran lanjut di mana latihan itu berlangsung.
UAE terletak berhampiran muara Teluk Parsi dan berhampiran Semenanjung Hormuz, yang mana hampir satu pertiga daripada perdagangan minyak melintasi laut berkenaan. – AP
































