Saturday, December 7, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    UAE dakwa atasi COVID-19

    DUBAI, 6 OKT – Putera mahkota Abu Dhabi yang berpengaruh itu mengumumkan kehidupan kembali normal di UAE, ketika kes virus semakin menurun dan kerajaan yang kaya dengan minyak itu bangkit dari pandemik.

    Sheikh Mohammed bin Zayed membuat pernyataan sebagai ‘majlis’ Abu Dhabi yang biasa, tempat perkumpulan DiRaja, diteruskan secara langsung. Sebilangan besar pegawai dalam mesyuarat tradisional itu dilihat tanpa menggunakan sungkup muka, walaupun peraturan sungkup muka tetap tegas dikuatkuasakan di UAE.

    Sheik Mohammed berkata, “Saya membawa berita baik. Situasi kesihatan di UAE adalah baik.”

    Jangkitan COVID-19 di negara itu telah menurun kepada 200 kes sehari, iaitu tahap terendah semenjak permulaan bulan Ogos 2020. Inokulasi telah dipercepatkan, dengan lebih 84 peratus penduduk telah diberikan vaksin sepenuhnya.

    Dubai kini menjadi tuan rumah Ekspo Dunia 2020 yang tertangguh, ekstravaganza besar-besaran dengan konsert, acara dan pameran yang bertujuan untuk menarik berjuta-juta pengunjung dari seluruh dunia dalam tempoh enam bulan. – AFP

    Pengunjung berjalan di luar pavilion Sustainability dalam Ekspo 2020 di Dubai.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda