UAE: Dunia masih perlu melabur bilion dalam minyak dan gas

ABU DHABI, 15 NOV – UAE, salah satu pengeluar minyak mentah terkemuka di dunia, berkata sidang kemuncak iklim PBB baru-baru ini di Glasgow adalah ‘berjaya’ namun dunia perlu untuk kekal melabur bilion dalam minyak dan gas.

Hampir 200 buah negara dalam sidang kemuncak COP26 menjamin pada Sabtu untuk mempercepatkan perjuangan menentang suhu meningkat, selepas dua minggu rundingan.

Namun mereka gagal untuk mengukuhkan sepersetujuan dalam penggunaan arang, dan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres telah memberi amaran ‘bencana iklim’ semakin hampir berlaku.

Sidang kemuncak itu ‘memang satu kejayaan,’ kata Sultan al-Jaber, menteri industri dan teknologi canggih UAE.

Namun beliau meramalkan bahawa industri gas dan minyak perlu untuk melabur ‘lebih AS$600 bilion setiap tahun sehingga 2030 untuk memenuhi permintaan yang dijangkakan’.

“Ketika dunia telah bersetuju untuk mempercepatkan peralihan tenaga, ia masih lagi bergantung ke atas minyak dan gas,” ujarnya semasa sesi pembukaan Sidang dan Pameran Petroleum Antarabangsa Abu Dhabi.

“Ketika ekonomi melantun semula daripada pandemik COVID-19 pada kadar terpantas dalam 50 tahun, permintaan telah melebihi bekalan.” – AFP